Di dalam artikel kami sebelum ini, kami telah membincangkan tentang pola candlestick penyongsangan. Anda mungkin masih ingat pola bearish engulfing (bearish mengepung), di mana kandil kedua mengepung keseluruhan kandil pertama. Pola ini terbentuk pada pasaran bullish dan mengisyaratkan kedatangan penyongsangan harga ke arah menurun.

Di dalam artikel ini, kita akan pelajari bagaimana hendak mengenal pola bearish engulfing yang kuat (yang menandakan setup dagangan short yang benar) dan mengasingkan ia dari pola sama yang lemah. Berikut adalah beberapa ciri pola engulfing yang kuat:

• Kandil kedua adalah bahagian pola yang paling penting. Ia harus cukup panjang untuk benar-benar mengepung kandil pertama dengan sepenuhnya. Jika kandil pertama tidak berapa besar, anda harus beri lebih perhatian kepada julat beberapa candlestick sebelumnya (sekurang-kurangnya 2 kandil sebelumnya); tubuh mereka berserta bayang-bayang mereka harus dikepung sepenuhnya oleh candlestick yang anda sedang fokuskan (kandil kedua). Jika prasyarat ini dipenuhi, pola bearish engulfing agak kuat. Namun pastikan anda memilih pola engulfing yang betul, anda harus penuhi dua syarat lain.

• Kandil pertama dan kedua harus melepasi sempadan atas indikator jalur Bollinger.

• Pola bearish engulfing tidak harus terbentuk di puncak uptrend jangka masa panjang kerana pembentukan pola engulfing yang kuat boleh menandakan bulls sudah lelah, bukan penyongsangan trend. Setelah pola anda memuaskan kesemua syarat ini, anda boleh yakini bahawa anda telah menemu pola pengunduran yang boleh digunakan untuk setup dagangan short.